Saturday, 6 August 2011

Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran

Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)

Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)

Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.

Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)

Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17). 


Semua yang telah kita pelajari sejauh ini memperlihatkan kita akan satu kenyataan pasti: Al Qur'an adalah kitab yang di dalamnya berisi berita yang kesemuanya terbukti benar. Fakta-fakta ilmiah serta berita mengenai peristiwa masa depan, yang tak mungkin dapat diketahui di masa itu, dinyatakan dalam ayat-ayatnya. Mustahil informasi ini dapat diketahui dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi masa itu. Ini merupakan bukti nyata bahwa Al Qur'an bukanlah perkataan manusia.
Al Qur'an adalah kalam Allah Yang Maha Kuasa, Pencipta segala sesuatu dari ketiadaan. Dialah Tuhan yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Dalam sebuah ayat, Allah menyatakan dalam Al Qur'an "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an ? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya." (Al Qur'an, 4:82) Tidak hanya kitab ini bebas dari segala pertentangan, akan tetapi setiap penggal informasi yang dikandung Al Qur'an semakin mengungkapkan keajaiban kitab suci ini hari demi hari.
Apa yang menjadi kewajiban manusia adalah untuk berpegang teguh pada kitab suci yang Allah turunkan ini, dan menerimanya sebagai satu-satunya petunjuk hidup. Dalam salah satu ayat, Allah menyeru kita:
"Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat." (Al Qur'an, 6:155)
Dalam beberapa ayat-Nya yang lain, Allah menegaskan:
"Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." (Al Qur'an, 18:29)
"Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya." (Al Qur'an, 80:11-12)



Sumber: http://halaqah.net/

Saturday, 30 July 2011

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG AWAL DITURUNKAN DAN YANG TERAKHIR DITURUNKAN

Bahagian ini membahaskan tentang ayat pertama yang diturunkan serta ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w serta pendapat ulama dan hujah mereka. Untuk itu, bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian:
  1. Ayat Pertama Diturunkan
  2. Ayat Terakhirkan Diturunkan
Ayat Pertama Diturunkan
Ulama berselisih pendapat tentang ayat pertama atau ayat yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. manna’ al-Qattan di dalam kitabnya(مباحث فى علوم القرآن), telah menyatakan terdapat empat pendapat ulama tentang ayat pertama yang diturunkan. Pendapat ulama adalah sebagaimana:


  •  Pendapat pertama: ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq. Ayat tersebut ialah sebagaimana firman Allah :


Terjemahan: 1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, 5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
Pendapat pertama ini dengan berdasarkan hadis:
i.                     Berpandukan hadis daripada Aisyah yang telah diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim:
Terjemahannyapermulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w ialah mimpi yang benar dalam tidur. Setiap kali bermimpi Baginda melihat ada yang datang bagaikan cahaya yang terang di pagi hari. Kemudian baginda gemar mengasingkan diri. Ia pergi ke Gua Hira’ bertahannuth beberapa malam, dengan membawa bekalan. Kemudian ia kembali ke rumah Khadijah dan Khadijah pun membekalkan makanan seperti biasa. Sehingga akhirnya datanglah kebenaran kepadanya ketika ia berada di Gua Hira’ itu. Jibril dating kepadanya dan berkata: Bacalah, Rasulullah menjawab kepadanya: Aku tidak pandai membaca. “ lalu Jibtil merangkul dan memelukku sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali keduanya, sehingga aku merasa kepayahan, kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali ketiganya sehingga aku merasa kepayahan. kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekelian makhluk)….apa yang diketahuinya.
ii: Hadis yang diriwayat oleh al-Baihaqi al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak hadis daripada Aisyah katanya yang bermaksud: permulaan ayat yang diturunkan ialah surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5
Pendapat pertama ini merupakan pendapat yang rajih. Pendapat ini juga disokong
Oleh al-Zarkasyi sebagaimana yang dinyatakan dalam kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran, dimana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah di atas jelas memberi penegasan tentang penurunan yang pertama secara mutlak.


  •  Pendapat Kedua: pendapat kedua pula mengatakan yang pertama diturunkan diturunkan ialah permulaan surah al- muddaththir. Iaitu(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut. Pendapat ini berdasarkan hadis sebagaimana berikut:


i. Hadis daripada Abu Salamah Ibn Abd Al-Rahman yang
meriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana Abu Salamah berkata yang bermaksud : saya pernah bertanya kepada jabir bin Abdullah, manakah ayat al-Quran yang sebelumnya? Beliau menjawab : (يآءيها المدثر) wahai orang yang berselimut.saya bertanya lagi: ataukah
bacalah dengan nama Tuhanmu ? Beliau menjawab : Saya memberitahu kamu apa yang telah Rasulullah beritahu kepada kami. Sebagaimana sabda baginda:
Terjemahan: "sesungguhnya aku mengasingkan diri di Gua Hira'. Setelah menyelesaikan masa pengasinganku itu, aku turun dan menyusuri ke lembah. Aku memandang ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan kiri.kemudian aku memandang kea rah langit, tiba-tiba aku melihat Jibril sehingga merasa gementar dan amat menakutkan aku. Lalu aku pulang menemui Khadijah dan aku menyuruh mereka supaya menyelimutku, lalu aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada manusia
ii.                   Hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir yang mana sanadnya daripada Yahya, yang berkata, " Permulaan surahal-Quran yang diturunkan ialah surah al-Muddathir".
Bekaitan dengan kedua-dua hadis tersebut di atas yang dijadikan hujah oleh pendapat kedua, bahawa yang pertama diturunkan ialah (يآءيها المدثر) wahai orang yang berselimut. Ulama pendapat pertama telah menyangkalnya dengan membawa hujah dan alasan mereka:
Pertama : Mengenai hadis daripada Abu Salamah daripada Jabir tersebut di atas, dapat di jelaskan di sini yang mana pertanyaan Abu Salamah yang di jawab oleh Jabir tersebut menjelaskan tentang penurunan surah pertama secara sepenuhnya. Untuk itu, Jabir menjelaskannya bahawa surah al-Muddathir yang telah diturunkan secara penuh. Pendapat ini dijelaskan oleh Zarkasyi dalam kitabnya al-BurhanFi Ulum al-Quran, di mana hadis daripada Jabir tersebut menegaskan tentang mula-mula penurunan wahyu selepas terputusnya wahyu, iaitu selepas surah al-'Alaq.


  •       Pendapat Kedua : Hal itu juga diperhatikan berdasar hadis ketiga di atas yang diriwayatkan oleh Jabir yang mana beliau mengatakan nabi pernahbercakap tentang putusnya wahyu. Hal ini menunjukkan bahawa sebelumnya telah ada wahyu lain yang diturunkan, maka tentulah surah al-'Alaq yang pertama diturunkan. Hadis itu juga jelas menunujukkan peristiwa tersebut berlaku selepas peristiwa di Gua Hira'. Ia menunjukkan bahawa surah al-Muddathir merupakan surah pertama yang diturunkan secara lengkap dan yang pertama diturunkan selepas terputusnya wahyu atau selepas surah al-'Alaq atau Iqra'.


  •  Pendapat ketiga : Pendapat ketiga mengatakan yang pertama diturunkan ialah surah al-Fatihah.


Berkaitan dengan pendapat ketiga ini juga, ulama pendapat pertama membuat ulasan di mana ia di maksudkan juga, dan bukan yang pertama diturunkan secara mutlak. Antara lain juga, hadis yang dijadikan hujah oleh pendapat ketiga tersebut adalah hadis mursal.


  •  Pendapat keempat: Pendapat ini mengatakan ayat yang pertama diturunkan


Ialah بسم الله الر حمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Pendapat ini berdasarkan hadis.
i Hadis dari al-Wahidi yang mana sanadnya dari Ikrimah dan al-Hasan, di mana kedua-duanya telah berkata yang bermaksud : " permulaan daripada ayat al-Quran yang diturunkan ialah بسم اللهالرحمن الحيم Dengan nama Allah, dan permulaan surah yang diturunkan ialah اقرأ بسم ربك الذى خلق   
Bacalah dengan nama Tuhanmu.
ii Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Jarir sanadnya daripada al-Dahhak daripada Ibn Abbas yang beliau berkata dengan maksudnya: permulaan yang diturunkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad ialah Jibril berkata : Hai Muhammad, berlindunglah kepada Allah dan katakanlah: بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Imam al-Sayuti berpendapat di mana hujah dan pendapat keempat itu tidak
boleh dijadikan hujah kukuh untuk menunjukkan ayat dan surah pertama yang diturunkan, kerana بسم الله  Dengan nama Allah sememangnya sudah secara mutlak, bukan ia menunjukkan surah atau ayat pertama diturunkan dalam konteks ini. Antara lain juga, ulama mengatakan hadis tersebut yang dijadikan hujah adalah hadis mursal.
ULASAN PENDAPAT ULAMA
Berdasarkan pendapat yang berbeza tersebut, ulama membuat rumusan dan untuk mengimbangi semua pendapat tersebut, tentang yang dipersilihkan pertama diturunkan sebagai berikut:
1) Surah al-'Alaq merupakan surah yang pertama diturunkan dan ia berikutan dengan skop berikut:
a. Beberapa ayat permulaannya adalah yang pertama diturunkan.
b. Ia merupakan penurunan pertama berkaitan kenabian.
c. Ia diturunkan tanpa seseatu sebab yang mendahuluinya.
2) Surah al-Mudathir dikatakan surah pertama diturunkan yang berkaitan dengan skop berikut:
a. Surah al-Mudathir surah pertama diturunkan setelah putus wahyu atau fatrah al-wahyu.
b. Ia merupakan surah pertama berkaitan kerasulan dan suruhan menyebarkan atau menyampaikan dakwah.
c. Penurunannya kerana sesuatu sebab yang mendahuluinya.
3) Surah al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dalam bentuk yang lengkap.
4) بسم الله Dengan nama Allah merupakan ayat pertama dan yang pertama perlu diturunkan sebelum sesuatu surah diturunkan.
Ayat Terakhir Diturunkan
Tentang ayat terakhir yang diturunkan ada berbagai pendapat ulama tentangnya. Menurut pendapat Imam al-Sayuti ada enam pendapat ada enam pendapat ulama tentang ayat terakhir diturunkan, pendapat ulama tersebut sebagaimana berikut:
a) Pendapat Pertama : ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah: 
Terjemahan Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
Surah Baqarah:281
Pendapat pertama ini dengan berdasarkan hujah, iaitu:
i. Hadis daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas yang telah diriwayatkan oleh al-Nasai' katakanya yang bermaksud : ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.
ii. Hadis daripada Sa'id Ibn Jubair yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim katanya yang dimaksudkan : ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.
Inilah pendapat yang paling rajih yang dipilih oleh ulama yang diketuai oleh Imam al-Sayuti sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas yang ditakhrijkan oleh al-Nasai'. Iaitu selepas penurunan ayat tersebut, nabi hanya sempat hidup selama 9 malam sahaja dan wafat pada malam Isnin 3 Rabiul Awal 10 Hijrah.
b) Pendapat kedua: Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah
Terjemahan: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Pendapat kedua ini adalah pendapat yang tidak tepat. Kerana ia diturunkan semasa nabi melakukan Haji Wida'. Iaitu baginda berada di Arafah. peristiwa tersebut berlaku pada 29 Zulhijjah tahun 10 Hijrah bersamaan bulan mac 632M. kerana nabi hidup selama 81 hari selepas penurunan wahyu tersebut. Manakala 9 malam sebelum kewafatan Baginda telah turun surah al-Baqarah ayat 281.
c) Pendapat Ketiga: pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:
Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
(Surah al-Baqarah:278)
Pendapat ketiga ini dikatakan ayat terakhir dengan berdasarkan hujah, iaitu:
i. Sebagaimana hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari, di mana Ibn Abbas berkata yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat yang dimaksudkan itu ialah firman Allah:

Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
(Surah al-Baqarah:278)
d) Pendapat Keempat: Pendapat keempat mengatakan ayat yang terakhir diturunkan ialah Surah al-Baqarah ayat 282, sebagaimana firman Allah:

Terjemahan :282. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.
(Surah al-Baqarah:282)
Pendapat keempat ini dengan berdasarkan dalil dan hujah, iaitu:
i. Hadis riwayat daripada Ibn. Jarir daripada Ibn. Syihab daripada Sa'id Ibn. Musayyab katanya yang bermaksud : sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa ayat al-Quran yang terakhir diturunkan dari 'Arasy ialah ayat al-Dain (Hutang Piutang)
menurut penadapat Imam Sayuti, apabila diteliti dan dikaji berkaitan dengan
pendapat ketiga dan keempat tersebut ayat yang mereka katakan terakhir diturunkan itu sebsnarnya tidak ada percanggahan dan tiada bertentangan. Hal tersebut kerana semua ayat tersebut walaupun berlainan ayat, namun kedua-duanya diturunkan secara berturut-turut dengan tertib ayat dan ia juga tersusun di dalam satu cerita.
e) Pendapat Kelima : Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 176 Surah An-Nisa', Sebagaimana Firman Allah:
Terjemahan :176. Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu,
(Surah An-Nisa': 176)
Pendapat ini dengan berdasarkan riwayat daripada Bukhari dan Muslim daripada al-Barra' Ibn. Azib yang berkata bermaksud : Ayat terakhir diturunkan iaitu ayat 176 Surah An-Nisa'
f) Pendapat Keenam : Penadapat ini pula mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 128 dan 129 surah al-Taubah. Iaitu firman Allah:
Terjemahan :128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
Pendapat ini dengan berdasarkan hujah dan dalil, iaitu:
i. Hadis riwayat oleh al-Hakim daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah : Sesungguhnya telah dating kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri… hingga akhir. Ia merupakan ayat yang terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah.
ii. Hadis riwayat oleh Imam Ahmad daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah membacakan dua ayat ini hingga akhir adalah ayat terakhir diturunkan : terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah.
RUMUSAN PENDAPAT ULAMA
Daripada keenam-enam pendapat tersebut ulama membuat kesimpulan dan rumusan berikut:
a) Kesemua riwayat berikut adalah bersumber dan berasal daripada sahabat dan ia adalah hadis mauquf dan tidak ada satu pun hadis yang marfu' atau sampai kepada nabi.
b) Rasulullah sendiri tidak pernah memberitahu sesiapa daripada kalangan sahabatnya tentang ayat manakah yang terakhir diturunkan.
c) Nabi melarang keras sahabat menulis al-Quran semasa hayat baginda, terutama ketika al-Quran masih diturunkan. Hal ini menyebabkan sahabat hanya menghafaz hadis-hadis yang diterima daripada nabi tanpa menulisnya. Justeru itulah, terdapat kekeliruan dalam meriwayatkan hadis tersebut, khasnya berkaitan ayat terakhir diturunkan.


Sumber: http://sofwatulaisy.blogspot.com/

Ayat Makki dan Madani

Pengetahuan dan kajian tentang ayat Makki dan Madani itu amat penting untuk mengesan metod dakwah serta peringkat dakwah Rasullullah, sama ada untuk masyarakat Arab Mekah atau Madinah atau masyarakat setempat atau orang kafir Musyrik atau Ahli Kitab dan Mukmin seluruhnya. Konteks lain juga, penelitian tentang Makki dan Madani dapat memberi pengetahuan kepada kita bahawa dakwah yang disampaikan oleh Rasullulah melalui penurunan ayat al-Quran adalah begitu teliti. Kajian itu meliputi mengenai tempat turunnya ayat dan waktunya. 

Apabila diteliti dan dikaji ayat-ayat yang diturunkan dan ayat-ayat Quran ia mengandungi kreteria tertentu yang mana ia kadang kala disesuaikan dengan metod dakwah yang dibawa. Justeru itu, ayat al-Quran yang diturnkan itu terlibat dengan Makki dan Maddani. Namun begitu,terdapat juga dalam ayat-ayat tertentu yang bercampur di antara Makki dengan Maddani atau ayat yang diturunkan diluar daripada Mekah dan Madinah.

Keadaan tersebut dapat difahami melalui kata-kata Ibnu Mas’ud :

والله الذي لا اله غيره ، ما نزل تسورة من كتاب الله الأ وأنا اعلم اين نزلت ؟ ولا نزلت اية من كتاب الله لا وأنا اعلم فيهم نزلت؟ ولو اعلم ان احد اعلم منى بكتابه الله تبلغه الابل لركبت اليه.

Terjemahannya : Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia. Setiap surah yang diturunkan daripada al-Quran, aku mengetahui dimana surah itu diturunkan. Dan tiada satupun daripada ayat dalam Kitab Allah, melainkan aku pasti mengetahui tentang ayat yang diturunkan itu. Sekiranya aku mengetahui terdapat seseorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang Kitab Allah, dan seandainya aku masih dapat sampai kepadanya dengan untaku, nescaya aku pasti akan menunggangnya ke sana.

Oleh sebab itu, apabila seseorang itu mengkaji dan meneliti ayat-ayat al-Quran , pasti ia akan dapati kreteria ayat-ayat Makkah dan Madani adalah berbeza, sama ada dari sudut gaya bahasanya, irama juga maknanya. Contohnya, ayat yang diturunkan di Mekkah sewaktu masyarakat Arab Jahiliyyyah masih bergelumang dengan amalan penyembahan berhala serta untuk pembentukkan akidah mereka. Untuk itu, ayat yang diturunkan di Mekah dengan gaya bahasa yang tegas dan keras untuk membantah kepercayaan mereka terhadap berhala. Seterusnya al-Quran menarik mereka kepada tauhid dan megEsakan Allah dengan membawa ancaman neraka serta peringatan terhadap segala pendustaan. Antara lain juga, kerana masyarakat Arab Mekah waktu itu memiliki kefasihan dan bahasa Arab yang tinggi.seperti untuk menurunkan untuk mencela dan membantah masyarakat Arab Jahiliyah yang mengingkari kehidupan sesudah mati dan hari Akhirat. Sebagaimana 



Firman Allah :



Terjemahan : "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, Adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?

Surah al-saffat ayat 16

Ayat Madani pula ia membawa kreteria lain, contohnya ayat Madani diturunkan umumnya dalam bentuk yang panjang, membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam, seruan berjihad, bentuk dialog dengan Ahli Kitab, keadaan orang Munafik, pembentukan masyarakat, hubungan antara individu dan masyarakat seluruhnya. Hal tersebut kerana, pada masa itu masyarakat ummat Islam telah terbentuk dalam bentu Jama’ah, sudah beriman dengan segala rukun Iman serta akidah mereka telahpun teruji di dalam menentang golongan Musyrik, sanggup berkorban apa saja demi Agama Allah dan berhijrah.

Sebagai rumusannya, kajian dan penelitian ulama’ berkaitan dengan ayat Makki dan madani dengan mengikuti keadaan berikut, iaitu :

 Berkaitan dengan urutan turunnya ayat di Mekah dan di Madinah.

 turunnya ayat di Mekah, namun hukumnya adalah Madani atau sebaliknya.

 Ayat yang diturunkan di Mekah berkaitan dengan penduduk madinah atau sebaliknya.

 Ayat Makki, namun di dalamnya ada ayat Madani atau sebaliknya.

 Ayat yang diturunkan di luar Mekah dan di luar Madinah, seperti Juhfah, Baitul Maqdis, Tai’f dan Hudaibah. 

 Ayat yang diturunkan pada waktu malam dan siang.

 Ayat yang diturunkan musim panas, sejuk, di rumah dan ketika bermusafir.

 Ayat Madani dan surah Makki serta ayat Makki dalam surah Madani.

 Ayat yang dibawa daripada Mekah ke Madinah dan ayat dibawa dari Madinah ke Mekah.



 Para ulama telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada surah-surah Makki dan Madani seperti berikut: Surah-surah Makki -Termasuk di dalam surah Makki sebanyak 82 surah iairu surah :

1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf 

5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 

9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 

13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 

17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 

21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud 

25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah 

29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin 

33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab 

37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un

41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun

45)AL-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil 

49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml 

53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam 

57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah

61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad 

65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’raa 68)as-Syura

69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq

73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin 

77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar

81)al-Insan 82) Fussilat.


Madani (20)                           Surah- surah yang menjadi khilaf(12) 

1. Al Baqarah                       1. Al Fatihah

2. Ali ‘imran                         2.Ar Ra’d 

3. An Nisaa’                        3. Ar Rahman 

4. Al Maaidah                    4. Ash Shaaf

5. Al Anfal                         5. At Taghaabun

6. At Taubah                    6. Al Muthaffifin

7. An Nuur                       7. Al Qadr 

8. Al Ahzab                     8. Al Bayyinah

9. Muhammad                 9. Az Zalzalah

10. Al Fath                     10. Al Ikhlas

11. Al Hujuraat              11. Al Falaq

12. Al Hadid                  12. An Naas

13. Al Mujadilah

14. Al Hasyr

15. Al Mumtahanah

16. Al Jumu’ah

17. Al Munafiqun

18. At Thalaq

19. At Tahrim

20. An Nashr


JUMLAH TEMPAT SURAH

SURAH MADANI : 20 SURAH

SURAH MAKKI : 82 SURAH

SURAH KHILAF : 12 SURAH

JUMLAH KESELURUHAN : 114 SURAH.



Sumber: http://ulumquran2010.blogspot.com/

Al- Quran Mukjizat Agung

AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekal terpelihara sehingga kini.

Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan.

Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.

Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Pelbagai penemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang berasaskan kepada ayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam kitab samawi terakhir ini bukan rekaan manusia.

Sebaliknya, penemuan ini seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran itu datangnya daripada Allah s.w.t seperti firman-Nya dalam surah as-Syu’araa’, ayat ke-192:

“Dan sesungguhnya al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”

Selain ayat berkenaan, ayat lain yang menunjukkan al-Quran diturunkan Allah adalah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”

Al-Quran yang mengandungi 114 surah diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di Madinah (4,780 ayat).

Ayat al-Quran dikatakan memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Hal ini diakui Allah sendiri menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama).

Ayat lain adalah daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama: “(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”

Pada zaman Rasulullah s.a.w yang dikenali zaman jahilliah, Allah menerangkan secara jelas kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui batas pemikiran manusia ketika itu.

Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125).

Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).

Selain diterangkan secara jelas, kajian mendalam terhadap al-Quran mendapati kitab ini juga mampu merungkai rahsia kejadian di masa akan datang seperti kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Parsi.

Ketika berlakunya kekalahan itu iaitu kira-kira tahun 614, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Ruum yang menyatakan bahawa bangsa itu akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun kemudian dan kemenangan itu benar-benar terjadi iaitu kira-kira lapan tahun kemudian.

Terbaru, kejadian runtuhan bangunan pencakar langit, World Trade Center (WTC), New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dikatakan seolah-olah sudah digambarkan dalam al-Quran.

Kajian yang dijalankan seorang ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, mendapati bahawa ayat ke-110 dari surah at-Taubah seperti memberi isyarat awal mengenai kejadian ini.

Ayat berkenaan bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Kajian itu mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC saling berkait dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke-110 dari surah ke sembilan (at-Taubah).

Persamaan lain adalah peristiwa itu berlaku pada 11 haribulan (ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11) dan pada 2001 (huruf terakhir ayat adalah huruf ke-2001).

Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.

Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).

Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).

Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukan rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah s.w.t.



Sumber: http://myikhwan.com/