Powered By Blogger

Wednesday 1 June 2011

15 Perkara Penyebab Bala


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; " Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara iaitu;

1.      Mereka yang berkuasa mencari keuntungan (diri dan keluarga),
2.      Amanah dianggap ghanimah,
3.      Membayar zakat dianggap merugikan,
4.      Suami tunduk pada isteri,
5.      Durhaka kepada ibu,
6.      Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran,
7.      Membenci ayah,
8.      Bersuara keras (menjerit-jerit) di masjid,
9.      Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya,
10.  Orang yang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya,
11.  Minuman arak berleluasa,
12.  Semakain ramai lelaki memakai sutera,
13.  Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa,
14.  Permainan muzik merata-rata,
15.  Umat akhir zaman sewenang-wenangnyaa mengutuk umat-umat permulaan termasuk para sahabat Nabi s.a.w. dan para imam Muktabar, (menolak fatwa).

Ketika itu turunlah azab berupa angin merah (jerebu) atau gempa bumi, keruntuhan akhlak atau kemusnahan ekonomi. Hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Saidina Ali r.a. dari Kitab Irsyadul Ibid Ila ir-Rasyad."




7 JENIS PAHALA YANG KEKAL

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1.      Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 

2.      Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 

3.      Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 

4.      Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 

5.      Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 

  •   Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 
  • Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  •   Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

No comments:

Post a Comment